Aktiviti Kokurikulum 2010

Satu Perkhemehan Unit Beruniform Untuk Murid-murid Tahun 4 dan 5 akan diadakan pada 2 dan 3 Julai 2010 bertempat di kawasan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Kepada sesiapa yang ingin menyertai perkhemahan ini, permohonan boleh dibuat menerusi Guru Penasihat Unit masing-masing. Yuran sebanyak RM 5.00 akan dikenakan. Harap maklum...

Isnin, 12 Julai 2010

:: PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2010 ::

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sek.Keb.Permatang Tok Mahat
Tarikh : 2 - 3 Julai 2010










Perkhemahan yang melibatkan seramai lebih kurang 170 orang peserta yang terdiri daripada 4 unit beruniform. Antaranya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Tunas kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mendirikan khemah, memasak masakan hutan, pertolongan cemas dan juga senamrobik. Bacaan yasin juga diturut diadakan pada malam hari bagi memberkati program ini. Perkhemahan yang mengasah peserta menjadi lebih berdisiplin dan hidup berdikari ini di kawal oleh Kem Komandan iaitu Encik Ahmad Rashidi bin Mohd Dali. Juga dibantu oleh seramai 70 orang guru pembimbing. Perkhemahan ini berakhir dengan jayanya selain memberi pengalaman yang amat berguna kepada peserta.





Tiada ulasan: