Aktiviti Kokurikulum 2010

Satu Perkhemehan Unit Beruniform Untuk Murid-murid Tahun 4 dan 5 akan diadakan pada 2 dan 3 Julai 2010 bertempat di kawasan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Kepada sesiapa yang ingin menyertai perkhemahan ini, permohonan boleh dibuat menerusi Guru Penasihat Unit masing-masing. Yuran sebanyak RM 5.00 akan dikenakan. Harap maklum...

Isnin, 12 Julai 2010

:: PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2010 ::

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sek.Keb.Permatang Tok Mahat
Tarikh : 2 - 3 Julai 2010










Perkhemahan yang melibatkan seramai lebih kurang 170 orang peserta yang terdiri daripada 4 unit beruniform. Antaranya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Tunas kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mendirikan khemah, memasak masakan hutan, pertolongan cemas dan juga senamrobik. Bacaan yasin juga diturut diadakan pada malam hari bagi memberkati program ini. Perkhemahan yang mengasah peserta menjadi lebih berdisiplin dan hidup berdikari ini di kawal oleh Kem Komandan iaitu Encik Ahmad Rashidi bin Mohd Dali. Juga dibantu oleh seramai 70 orang guru pembimbing. Perkhemahan ini berakhir dengan jayanya selain memberi pengalaman yang amat berguna kepada peserta.





Rabu, 15 April 2009

SKPTM MENGGONDOL JOHAN KARNIVAL BAHASA MELAYU

SKPTM Johan lagi untuk kategori:
- Bahasa bermadah
- Pidato
- Bercerita Tahap 1
- Bercerita Tahap 2


Persembahan yang penuh bersemangat.


Guru cemerlang, pelajar gemilang.

JOHAN KESELURUHAN MAJLIS TILAWAH AL QURAN

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Seb Perai Selatan
Pada 9 april 2009.
Bertempat di SK & SMK Saujana Indah

Ahad, 5 April 2009

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2009

Kejohanan Sukan Tahunan SKPTM 2009
Dirasmikan oleh En. Othman B. Md. Rajab



Tetamu kehormat menyaksikan perbarisan masuk kontinjen rumah sukan.


Acara sukaneka untuk murid Pra Sekolah dan Waris juga turut diadakan.


SJK(C) Pai Teik dan SK Sg Acheh dijemput untuk acara 4x100meter.

Sedikit sedutan acara tarik tali.

Khamis, 2 April 2009

PASUKAN KAWAD KAKI TKRS JOHAN KALI KE7

Johan kali Ke-7 Pertandingan Kawad Kaki Daerah Seb Perai Selatan 2009
Di Stadium Negeri Batu Kawan



Isnin, 9 Mac 2009

MSSPP PERINGKAT SEB PERAI SELATAN

Pertandingan telah dijalankan di Stadium Negeri Batu Kawan.
Tahniah para atlet SKPTM. Cuba lagi tahun hadapan!!


MERENTAS DESA 2009

Pelajar-pelajar SKPTM bersemangat untuk meneruskan larian mereka. Disamping mengeratkan silaturrahim antara pelajar, kecergasan fizikal dan kecerdasan mental juga dititikberatkan.